Thinking


Thinking

#Thinking – Aku Sebenarnya Rasa Rendah Diri, Sangat Sangat. Ilmu Kurang

Bila dah tengok sorang demi sorang release plugin sendiri, release apps sendiri dan release macam macam lagi lah untuk kegunaan awam, aku cuma mampu jadi pengguna akhir yang biasa (end-user). Tak best, ini memang tak best.

Contoh #1 – SahurBerbuka.Info

Siapa yang buat ni? Ni Omar Mahdzan punya hasil tangan. Sebelum dia dah banyak buat applikasi web-based. Apa? Entah, banyak kot sebab aku tidak ingat, lupa. Dia ni pandai dan aku jeles ah.

Sahur Berbuka - Omar

Contoh #2 – Penulis plugin Facebook Like OMG Ubuntu

“Baru aku tahu senang rupanya nak buat CMS ni”

Ahmad Fikrizaman, student UTM. Berjaya dia buat CMS untuk kegunaan Panggung Wayang, dan juga plugin Facebook Like tuh. Pandai bab sekuriti pulak tuh. Jelesnyer~

Facebook Like

Contoh #3 – CSS-Web Design

Kawan, bermula pada bulan 10 2008. Duduk sekampung. Dia suka stay low profile. Bagi menghormati dia yang lagak low profile, no need to mention his name.

Ada persoalan tak?! Ada ….

“Dah owner blog ni bila nak jeles tengok orang lain dapat straight A+ eh? Yang dapat pi oversea sume tuh?”

Hehe. Doakan. 11A+

Readers, apa yang hang jeles?