System


System

#SystematicSunday – Internet Aku ialah Kebanggaan Aku

Blogger semua mesti pakai jalur lebar kan. Ada tak yang pernah merasa internet dial-up seperti 1315 dan 1515? Aku pernah rasa semua itu, sampai bil telekom yang sampai kat rumah aku cecah RM120/sebulan. Tidak mengapa, internet itu merupakan kebanggaan aku suatu masa dahulu.

Splitter Streamyx

Di sinilah jaringan internet rumah aku bermula. Inilah dia ‘splitter’ dan setiap orang yang pakai TMnet Streamyx mesti ada ‘splitter’ ni. Kat kedai murah sangat, tak sampai RM30 kalau yang mahal sikit.

Modem WiFi TP-Link

Teringin nak modem macam ini, tapi yang ini cikgu aku punya. Aku masih pakai modem Riger WiFi yang free TM bagi tuh. Asalkan berfungsi ok lah. Satu rumah masih lagi boleh pakai internet.

Aku boleh berbangga dengan Streamyx 384kilobits/second dengan download speed sekitar 62kilobytes/second. Berkira-kira nak upgrade tapi tiada dana lagi nak buat. Nak pakai P1Wimax, coverage tak sampai lagi. Itulah Terengganu.