SPM


SPM

#SPM – Trial Sudah Habis, Dan Aku Ada Projek Sementara

Fuuhh… satu minggu tak update blog, satu minggu kurang ziarah blog kawan-kawan. Tidak apa, sebab aku yakin anda semua faham aku sedang giat menghabiskan dakwat pen aku se-profesional yang mungkin. Leteran aku kali ini, barangkali berkisar tentang projek aku eh?

Projek pertama yang aku nak buat ialah, Projek Main Api. Aku nak test beberapa hipothesis yang telah aku simulasi-kan di dalam otak secara masa-nyata (real-time). Hoho.

Projek Main Api

Moga-moga aku tak dapat kecederaan serius. Nak beli mercun bola x100 unit ni. Hohoho. Seorang saintis mesti berani ambil risiko dalam melakukan ujikaji.

Kemudian, kita beralih kepada isu berteknologi tinggi sikit ye.

Ini ialah PC aku, telah berkhidmat dari tahun 2007 bermula bulan 8. Pada harga RM1300, kini ia dilengkapi dengan beberapa sut modifikasi yang ampuh.

Tapi sayang, aku jarang pakai daaaahh.

Sebab aku suka online pakai Netbook. Low Power Consumption.

Cerita seterusnya ialah, aku nak mantapkan skill aku dalam bab Server Knowledge ni. Insya Allah duit akan dicari sedikit untuk membeli VPS (erm, sewa lah) selama 1 bulan.

Motif-nya, nak cuba pasang beberapa applikasi Permainan Atas Talian (online-games) dan bermain dengan pemain yang minima. Mungkin aku akan cuba pasang Counter-Strike 1.6Ragnarok eAthena Server dan kalau larat, Eudemon Online.

Fundamental Basis and Core Knowledge dah ada. Terima kasih kepada Bro RG (Rozani Ghani). Sebab dia ajar banyak perkara pasal VPS. Pening aku sikit sebab banyak terminologi khas.

Ada 80~100 hari lagi mau SPM. Tenangkan seketika untuk hadapi perayaan Aidil-Fitri.