Janji


Janji

#Janji – Aku Pada Matahari, Tidak Akan Sekali Kali Aku Lupakan

Sedih, cukup sedih. Tahun ni tahun akhir untuk aku belajar di SMK(A) Sheik Abdul Malek, Kuala Terengganu (shortened, SHAMS). Best sekolah sini. Ada beberapa perkara yang tidak sempat aku nak lakukan dan aku nak sangat lakukan.

#1 – KOHA Library System

Dulu di SHAMS, sebelum terjadinya kerosakan pada server atau apa apalah yang berlaku sebelum aku masuk ke sana, perpustakaan bergantung kepada sistem berkomputer untuk peminjaman dan pemulangan buku buku.

Kalau sempat, aku nak minta tolong (atau buat MOU dengan Omar Mahdzan) untuk re-design system untuk library ni. Sudah sedia ada, aku bergantung kepada KOHA, agak sophisticated dan ia bukan PHP.

Koha Integrated Library System

#2 – ReDesign Main Page

Nak pakai WordPress, sebab aku yakin ia mudah, sangat mudah. Aku nak guna theme macam Magazine-Based, mungkin Unstandard theme yang Yusof Firdaus dan Eichi Katsu pakai jadi pilihan.

Kalau tidak pun, Affan yang hensem leh kasi kat aku themes bergenre Magazine-Based dari Elegenttheme. Affan sangat kacak dalam bab GA ni.

Tak cukup lagi, aku mahu buat BuddyPress dan StatusNet untuk Alumni, mungkin. Harapkan kerjasama dari abang abang senior nanti lah. Yang penting, Facebook Integration mesti ada. Senang.

#3 – Pengalaman dan Ilmu

Adik adik aku di SHAMS sangat dahagakan Ilmu. Meh nak kongsi :D

#4 – Sistem Daftar Pergerakan Guru dan Staff

Cikgu Faisal (cikgu Penyelaran ICT), kita rekod semua cikgu yang in & out via system ini ye. Nanti tahun depan pasanglah. Tahun ni nak belajar dulu rajin-rajin :D

Matahari ?!

SMK(A) Sheik Abdul Malek — SHAMS. Maksud?

SHeikh Abdul Malek School”

Dalam bahasa arab, ia bermaksud matahari.

Tahun depan ?!

Kerja kerja kerja. Mula mula melancong, lepas tuh jadi full-time blogger. Apa apapun, SPM itu best.

Detik Detik Best ?!

Semasa berada di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, juga sikit sikit semasa Tingkatan 2. Apa apapun, tingkatan 4 dan 5 memang best. 2 tahun yang mengancam. Maut.