Hosting


#Hosting – Aku Imbas Kembali 3 Tahun Dahulu, Bersama Rawanaz

Website Rawanaz Hosting ni hidup lagi rupa rupanya. Tak sangka pula. Siapa yang renew ni? Owner lama dia ke? Tidak apalah, mari aku berceritera hikayat akan aku, blog aku dan rawanaz. Siapa dan apa itu Rawanaz.

September 2009, beberapa minggu sebelum PMR.

Masa ni tak ada lagi Streamyx kat rumah. Bergantung kepada Cyber Cafe’. Masa ni dah ada 1 free hosting (000Webhost). Tiba tiba, Syah Extrablack tunjuk kat aku satu promosi. Gempak !

Rawanaz Madnees One

Duit dah ada hasil gadaian henset. Aku pun beli. Waktu itu domain aku ialah AerionZ.Net dan aku rasa nama domain ni agak kelakar. Kui kui kui.

Walaupun sibuk jugak main dengan hosting sendiri, PMR aku tetap cemerlang. Hehe. Tapi SPM kali ini aku takut sikit. Sebab senang dia tak sama macam senang dalam PMR.

Server Rawanaz ketika itu bernama RawaCast, Datacenter di Denver USA (patut lah murah, lembab lak tuh). Aku minta tukar ke Malaysia Datacenter. Dapat. Pakai server Starlite pulak. Laju dan okay lah.

3-4 bulan bersama Rawanaz, aku tidak selesa. Pindah.

Masa itu Roslan Nazri (qiilans87) ada buat promo Fivio. Aku beli 2 bijik server. Hehe. Tamak betul. Lepas itu tidak selesa lagi. DirectAdmin, aku tidak berapa suka akan DirectAdmin yang fivio pakai. Tambahan pula, 2 kali DDoS Attack dalam masa 1 bulan. Pernah merasa server Odin dan Fenrir milik Fivio ni. Haha.

Promo Fivio Roslan Nazri

Selepas itu, aku dapat tahu. Server dari Rawanaz Hosting di pindah ke Exa Bytes. Apakah? Tapi yang penting akulah orang yang untung besar. Hahaha. Di ExaBytes, aku di bawah kekuasan server Firefly.

Tak nak pakai Exa Bytes. Aku cari pulak BaitulBytes. Ni dia, Imran Two, terletak di server Hanan. Ketika inilah aku beli domain MySenpai.com tuh. Setelah beberapa bulan dengan MySenpai.com barulah aku tukar ke Dylandy.net iaitu domain terkini.

Imran Two - Hanan

High-End juga. Selepas 1 tahun lebih pakai, tidak selesa jugaaaakkk. Gila ke aku ni? Sekarang ini, menetap buat sementara waktu di bawah kekuasaan Yusof Firdaus. Server milik DataKL, berpangkalan di NetMyne DataCenter, Bangsar dan di bawah kekuasan server Neon.

Setakat ini, laju dan aku puas hati. Sangat puas hati. Nanti aku nak cari RM145, beli pakej DataOne di DataKL. Hahaha. Doakan aku ya.

DataKl DataOne Plan

Aku ni gila talak hosting kan. Huhu. Buat masa ni, hosting di Exa dan BaitulBytes yang masih up and running. Pada akhirnya, aku tak berceritera pun tentang ceritera aku bersama Rawanaz. Perlu ke? Tak perlu kan. Hahaha.