Cabaran


#Cabaran – 6 Bulan Blogging, Namun Jadual Aku Anjal

Sebagai respon #terbaik kepada entri milik Afiq Aiman, maka izinkan aku mulakan entri berkaitan dengan hala tuju Dylandy.Net ini. Insya Allah untuk segmen #cabaran ini, aku akan terangkan kepada readers semua secara berperingkat.

#1 – Fasa Pertama

2~3 bulan dari sekarang ialah Fasa Hibernasi Berkala Sementara. Fasa ini perlu kerana pada peringkat ini, aku kena stay fokus kepada SPM. Dalam waktu ini juga, aku secara pasif mengumpul resources (bahan kajian, rujukan, alat bantuan) secara pasif komprehensif.

Pada fasa ini juga, aku akan kumpul idea. Tidak terhad kepada idea untuk entri personal, tetapi entri teknikal. Mungkin setiap entri bercorak teknikal akan disalurkan kepada Komputer.My nanti, Insya Allah.

#2 – Pembahagian Fasa

Alexa dan PageRank hanyalah nombor semata-mata

Merujuk kepada perkara di atas, setiap fasa tidak menggunakan statistic benchmarking secara 100%. Mungkin aku akan fokus kepada perkara lain, contoh:

  • FaceBook FanPage Likers Count
  • Comment Count
  • Twitter Follower Count
  • Daily PV and UV
  • Bounce Rate | Avg. Time On Site

Fokus utama aku ialah pada Bounce Rate. Bounce rate?

Semakin rendah Bounce Rate, semakin bagus sesebuah laman itu

Aku memandang kepada Bounce Rate, kerana secara logiknya, ia ada penanda aras kepada tahap kualiti sesebuah entri yang dihasilkan serta kemesraan layanan dalam setiap komen (teknik diskusi) antara tuan tanah dan orang merantau.

Tidak mungkin aku terangkan lagi pasal apa aku pilih Bounce Rate sebab nanti tak suspen lah. Tunggu lah sehingga sampai masa, atau readers semua nak baca sendiri pun boleh. Aku akan terangkan balik akan perihal fasa #2 dalam entri akan datang.

#3 – Fasa Penyebaran II dan juga Fasa Penstabilan

Barangkali bermula pada tahap ini akan menggunakan beberapa plugin khas untuk aku menaikkan lagi trafik organik ke laman ini. Trafik organik penting untuk pembinaan sitelinks daripada Google Inc.

Ada 2 plugin statistik yang akan aku pakai pada tahap ini. Setakat ini aku sudah pakai 2, so nanti akan ada 4 semua sekali untuk aku monitor site progress dengan lebih efisien.

Pada fasa ini juga, target readers adalah berfokus. Sebagai pengguna WP, lazimnya kita akan terlepas pandang kepada Blogger di Blogspot. Huh.

Aku juga sudah merangka pelan asas untuk GiveAway, beberapa lagi langkah-langkah untuk stabilkan bilangan likers serta genre artikel pada masa akan datang. Pada peringkat ini juga, mungkin akan akan menggunakan beberapa skill nakal untuk dapatkan Bounce Rate yang tinggi.

#4 – Konklusi

Manusia hanya mampu merancang, tuhanlah (yakni Allah S.W.T) yang berhak ke atas perjalanan makhluk-Nya. Insya Allah, ini cumalah permulaan kepada kisah hidup aku yang menarik untuk dikongsi bersama.