Blog Best Malaysia 2015

Malaysia Best Blog 2015. Which one? How does we know what blogs should being considered as a best blog in malaysia 2015?

Blog Best Malaysia 2015

Okay. aku sebenarnya sengaja buat post ni dengan perkataan inggeris. kenapa? kerana aku pun nak cuba sesuatu yang baru. yang tak ramai orang buat. aku tertarik nak buat entri ini setelah agak lama tak buat kerana kekangan masa dan juga keadaan.

Maka untuk menyenaraikan 10 buah blog terbaik di malaysia bagi tahun 2015 dari sudut pandang aku sebagai seorang blogger bukanlah perkara mudah. ada banyak blog-blog yang aku yakin memang Malaysia Best Blog 2015 tapi oleh kerana hanya mahukan 10 buah blog sahaja. maka aku senaraikan hanya sepuluh buah blog.

1. DENAIHATI

Bila berbicara tentang blog terbaik di Malaysia, cuma satu sahaja yang terlintas dalam jemala aku, Denaihati dot Com : Hidupkan Untuk Memberi. Blog yang menyajikan ilmu – pendapat – travelog – dan macam-macam lagi isian menarik di dalamnya. Blog yang menjadi inspirasi ramai orang termasuk aku.

2. AHMAD FAIZAL

Satu lagi blog yang terbaik bagi aku dalam sudut pandang seorang blogger. Blog Ahmad Faizal dot Com atau pemiliknya lebih di kenali sebagai Encik Titan adalah blog merapu yang penuh berisi. kenapa aku kata merapu penuh berisi? sebab ayat-ayat yang dia guna memang lain dari yang lain. Lu – gua – maikel dan banyak lagi ayat ayat pasar rojak buah yang entah apa-apa. Tapi pengisian dia sungguh bermanfaat dan membuka minda. tak percaya? Pergilah baca.

3. BEAUTIFUL NARA

Blog ini sejak lama dulu dah jadi blog paling berpengaruh di malaysia. Antara blog yang aku cemburu pada pencapaiannya. walaupun banyak berbicara tentang artis, tetapi kemampuannya untuk mengumpul pembaca setia sangat aku kagumi.

4. HASRULHASSAN

Blog pakcik ni sebenarnya baru sahaja aku kenal. muncul pada zaman kesepian aku dari dunia blog. sehinggalah aku mendapati ramai sekali orang mention mengenai pakcik nih. Cara beliau membina pengaruh hanya melalui platform blogspot sama seperti aku dahulu sehingga di gelar sifu blogspot sangat aku puji. Hebat!

5. INSPIRED MAGZ

Bila sebut pasal inpiredmagz. pasti ramai yang tak kenal. tapi bila mention tentang Zeo Unic, confirm ramai angkat tangan. Tuan dia lebih popular dari blog dia sendiri. Boleh digelar sifu affiliate sama macam encik titan penggemar cendol.

6. BLOGGERLELAKI

Blog yang memenangi dan memanipulasi hampir kebanyakan contest SEO yang dianjurkan dalam tahun 2014 ini boleh menjadi antara blog terbaik tahun 2015 jika kena caranya.

7. AKMA OMAR

Blogger perempuan paling dominan di kalangan blogger-blogger lelaki ternama di Malaysia. Pemilik syarikat, pedagang, single-mom dan wanita kecil berjiwa besar ini memang ohsem dalam dunia blog malaysia.

8. PROF HARIZ

Blogger muda yang kini mula menapak naik. hanya dengan menggunakan blog, beliau telah menjana pendapatan yang mengatasi ramai otai-otai blog di Malaysia. Ada potensi untuk menjadi blog terbaik 2015.

9. MIALIANA

Blogger wanita terbaik di malaysia. Menjadi inspirasi dan rujukan majoriti blogger-blogger perempuan. Ranking Alexa blog ini adalah antara yang terbaik di kalangan blogger malaysia yang ada.

10. PENDEKAR BERKUDA

Blog seorang kaki pemalas update blog yang sangat dibenci kerana ketajaman kata-katanya dalam kias dan terkadang dalam kerasnya bahasa terus terang.

Blog aku lah ni…. sengaja aku letak mana tahu boleh jadi antara best personal blog malaysia 2015.

PENUTUP

Sebenarnya, semua blog bagi aku adalah blog terbaik kerana semua orang memberikan kerja keras kepada blognya sendiri. dengan macam-macam tujuan. tetapi bagi aku.

SEMUA BLOG ADALAH MALAYSIA BEST BLOG 2015 !

KDN Syorkan Tukar Kepada MyKad Baru

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesyorkan supaya rakyat Malaysia menukarkan MyKad lama kepada MyKad baru yang dikatakan lebih berkualiti serta mempunyai ciri2 keselamatan untuk mengelakkannya dipalsukan.

MyKad baru itu diperbuat menggunakan satu teknologi terkini dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dikatakan sangat mudah untuk dikesansekiranya dipalsukan.

Datuk Seri Zahid Hamidi sangat yakin MyKad baru ini dapat melumpuhkan dan menggagalkan sindiket pemalsuan MyKad di Malaysia.

Beliau mahu di dalam tempoh RMKe-10 ini, semua rakyat Malaysia telah memiliki MyKad berciri baru ini.

Banyak kegunaan MyKad baru, antaranya ialah boleh mendapatkan diskaun ketika membeli-belah dengan syarat ianya diaktifkan dahulu melalui kempen jom aktifkan mykad.

Jabatan Pendaftaran Negara juga sedang meneliti dan memikirkan kaedah lain yang dapat membantu mengesan beza antara MyKad tulen dan MyKad palsu tanpa perlu dibawa pejabatnya.

KDN juga turut bercadang untuk mengintegrasikan seluruh agensi di bawah kendaliannya untuk membantu penguatkuasaan dalam menghalang sindiket pemalsuankad pengenalan.

PDRM, Jabatan Sukarelawan dan Jabatan Imigresen turut sama membantu di dalam menangani berbagai masalah kad pengenalan palsu di Malaysia dan ianya akan dijalankan secara konsisten.

Aku, Bank, MasterCard dan Aku (sekali lagi…)

aku-dan-bank-dan-mastercard

Bank-bank di seluruh dunia memang tidak bagi peluang untuk aku mempunyai kehidupan yang harmoni untuk mempunyai Mastercard (dalam situasi aku, debit mastercard dah cukup) untuk Shopping Online. Kenapa aku nak sangat shopping online ?! More

Cuti Yang (kadang-kadang) Membosankan – Bahaya !!

cuti-dan-bosan

Memang semua orang suka hari cuti. Tapi, cuti yang terlalu panjang adalah membunuh. Apa yang aku paling takut ialah, calculating, thinking and analysing skill aku menjadi sejuk beku berkarat sebab tidak digilap untuk satu jangka masa yang lama. More

Adam Adli ?! Dan Juga 1-Week RestlessRoundup

Mahasiswa Ludah ! Turunkan Bendera (actually, banner je) ! Mahasiswa Facebook ?! Adam Adli ! Kerajaan ! Academic Freedom ! Apa lagi yang aku tak sebut, berkaitan dengan kekecohan yang berlaku ?! More

SPM dah tamat – Masih Lagi Sukakan Hectic Lifestyle

Betul. SPM dah lama habis. Bosan tidak ada hectic life. Di sekolah, aku suka bergurau ilmiah dengan cikgu.

“Cikgu, masa raya haji baru ni epithelial tissue yang membentuk gland terseksa mengeluarkan lebihan pepsin sebab nak digest complex protein structure untuk jadi peptone dan polipeptide”

Itu, merupakan ayat saintifik berimpak tinggi untuk mengatakan aku banyak makan daging semasa raya haji. More

Hari-Hari Pengecuaian – Ia Sangat Menyakitkan Hati

Cuai = kebolehan aku yang (maybe) terbaaaeekk. Pada 13 Disember 2011, pada pagi itu telah tercatat dalam diari, aku memang tersangaaaat cuai pada hari itu. Tapi bukan pada kertas peperiksaan, tapi pada… More

Api Itu Hidup | Pelan Akhir & Awal Tahun

Api = asas kepada kehidupan dan sumber. Daripada cahaya matahari, tenaga itu cukup untuk memecahkan molekul air kepada ion Hydroxyl dan Hydrogen dalam Light Reaction Process yang berlaku pada daun. Itu permulaan asas kepada photosynthesis. More

3 Hari Hidung Pecah Darah | Aku Dan Theme NomNom

Aku ada satu je lagi paper. Last paper ialah Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah. Pelik, subjek penting macam ni dia buat last sekali. Apakah?! Apa cerita hidup aku kali ni? Banyak yang menarik antaranya aku berjaya… More